pembuka kata,awal bicara


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


masih ade mase untuk pecutan terakhir!!!
buat sahabat-sahabat sekalian,selamat menempuh peperiksaan dan doakan kejayaan semua..

Ramadhan sudah hampir sebulan meniggalkan kita.Namun pasti masih ada kenangan yang ditinggalkan,yang pasti akan menjadi kenangan untuk di kenang sampai bila2.

Mengimbas kembali kenangan semasa ramadhan yang lalu, Alhamdullillah di akhir-akhir ramadhan yang lalu,setelah selamat pulang ke kampung untuk cuti pertengahan semester dan perayaan yang lalu, diri ini berkesempatan membantu sepupu kepada ayahanda yang tercinta berniaga di bazar ramadhan.

Seronok jugak dapat membantu di sana, ,macam-macam kerenah yang dapat dilihat.Salah satu senario yang menarik perhatian diri ini adalah apabila melihat seorang ibu atau bapa yang datang bersama-sama anak masing-masing yang masih kecil.apa yang menyentuh hati ini apabila melihat ibu atau bapa akan bertanya pada anak-anak mereka apa yang diinginkan dengan penuh rasa kasih,si anak akan menunjukkan apa yang diinginkan dan dapat dilihat kebahagian mereka andai dapat memenuhi keinginan anak-anak masing,apatah lagi seandainya wajah ibu bapa yang menemani anak-anak tersebut sudah melukiskan wajah sudah berubah dimamah usia,mungkin inilah nikmatnya seorang ibu atau bapa dapat rasakan apabila hasil titik peluh mereka selama ini dapat digunakan untuk kebahagian anak-anak mereka.

Teringat pula saya sebelum kembali ke tempat menuntut ilmu ini setelah cuti berakhir, saat ibu sedang sibuk menyiapakan bekalan untuk saya bawa bersama.kesungguhan yang terpancar di wajah ibu saat sedang memasukkan dan menyusun kuih-kuih raya dan makanan yang lain menyentuh hati kecil ini, seperti dapat dirasakan kasih-sayangnya saat itu melimpah ruah.

Namun persoalannya adakah diri ini sudah mencuba untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa tercinta, meskipun jasa dan budi mereka takkan terbalas banyaknya,namun sudahkah kita cuba yang terbaik?

Ya Allah,golongkan aku dalam golongan anak yang solehah…amin.