pembuka kata,awal bicara

Bila Diri Di Sayangi Lyrics

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



p/s:kalau dulu dengar lagu ni biasa2 je, sbb x fham maksud d sbaliknya,tp bila hayati betul2 bru fham...pling tertarik dgn kata2 ni 'Bila ku sedari diri disayangi,Langkah kaki ini semakin berani,Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku,Kembali dipandu', ya , seandainya kta sntiasa sedar bahawa kita ni mmg sntiasa disayangi olehNYA, kta akan sseuatu itu demiNYA,dn langkahan kaki kta d bumiNYA ini jua akan semakin berani.........ya Allah,smga namaMU akn trus mekar dn mekar dlm hatiku~


alhamdulillahirabbil 'alamin....segala syukur buat Allah Yang Esa....masih memberi ruang dn peluang buat insan yg penuh dosa ini utk hidup dn menerima nikmatNYA,kalau difikirkn dosa2 yang dilakukan,satu saat lg pn tdak layak utk dimiliki..nmun Alllah itu Maha Pengasih lg Maha Penyayang...pejam celik,pejam celik...smalam genaplah usia diri ni 21 tahun..huuuh,angka yg ckup berarti,org kate dah 21,dah dewasa dh,dah boleh mengundi,dah boleh kawen..oppps,hmmmm..don't want to talk about that yet....apa2 pn,trima kasih tak terhingga buat smua yg dh wish dn mendoakan sy~
sempena besday kali ni,dpt dedikasi puisi khas dr seorang shabat, tq cik sutera iman di atas puisinya...

Dalam setiap kita
ada pelangi di dalam hati
mengindahkan jiwa yang berduka
dengan biasan sebagai penyeri

Sahabat,
kau bagaikan pelangi
mewarnai hari suramku
menceriakan hidupku disaat perlu
dengan rasa sejuta warna

Sahabat,
dirimu umpama pelangi
walau hanya sementara cuma
hadirmu tetap ku tunggu
sehingga waktu pantas berlalu
dan hilangmu buat ku merindu.

dan sbagai menepati janji sy, nk dedikasikn jgak puisi ni buat ateh dn smua shabat2 yg dikasihi~

di peritnya ranjau,
di jerihnya liku perjuangan,
Allah hadirkan dikau,
utk kta rasa,
utk kita kongsi,
kasih ILahi...
berbagi cinta,
cinta dr NYA...

terkadang langkah seakan mahu terhenti,
bila dugaan menimpa diri,
namun tika itu jua kasihmu menyapa,
menegur diri saat terleka,
menghulur tangan utk aku bangkit,
ya..bangkit utk selangkah dgnmu,selangkah dgn mreka..

kan kupahatkn segala memori kta,
dlm lipatan kenangan perjalann hidup ini,
andai terpisah dek jauhnya diri kelak,
kenanglah daku dalam doamu,
dn apa yg ak hrapkan,
engkau,aku dn kta smua,
akn dpt bersama bertemu d bawah naungan kasih ILahi ,di syurgaNYA kelak,
di saat itu,kta akn kembali megenang,
memgenang detik indah ktika d mdan perjuangan ini~


~ana uhibbukum fillah~